biasanya tingal di dalam hutan, di kawasan belukar dan di ladang-ladang.Makanannya buah-buahan dan serangga kecil seperti belalang dan keridik.
Burung Merbah Jambul amat menarik kerana terdapat jambul di kepalanya (setumpuk
bulu yang meruncing ke atas), berwarna kehitam-hitaman. Pada pipinya terdapat bulu yang berwarna merah dan putih kerana itulah dikenali juga dengan nama Burung Pipi Merah. Bulu di sepanjang leher dan dadanya berwarna putih, beransur-ansur kehijauan hingga ke
perutnya. Sayap dan ekornya berwarna kehitam-hitaman.
PEMARKAHAN
BURUNG ini dipertandingkan berdasarkan kepada seni suara dan kepintarannya. Aspek- aspek yang diperhatikan ialah:
• Keaslian suara dan bentuk badannya - panjang, membujur seperti jantung pisang.
• Jambul - terhulur ke hadapan.
• Bulu - dadanya hitam, penuh dan tebal.
• Bahu dan kepala - tegap dan tidak ke bawah. • Sayap - panjang hingga menutupi ke pangkal ekornya.
• Ekor - pendek, tidak mengembang.
• Pergerakan - aktif, berdiri tegak ketika melompat dan berhenti. • Bunyi - berterusan sambil membuka sayapnya berulang-ulang kali dan Chene (alunan
suara) beralun setiap kali bergerak.
Pemarkahan dilakukan sebanyak empat pusingan. Markah penuhnya 100% akan tetapi
lumrahnya markah tertinggi diperolehi cuma sehingga 85%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan