Selasa, 7 April 2020

Pemarkahan pertandingan gaya merbah jambul

BURUNG MERBAH JAMBUL dikenali juga dengan nama Burung Pipi Merah. Burung ini
biasanya tingal di dalam hutan, di kawasan belukar dan di ladang-ladang.Makanannya buah-buahan dan serangga kecil seperti belalang dan keridik.
Burung Merbah Jambul amat menarik kerana terdapat jambul di kepalanya (setumpuk
bulu yang meruncing ke atas), berwarna kehitam-hitaman. Pada pipinya terdapat bulu yang berwarna merah dan putih kerana itulah dikenali juga dengan nama Burung Pipi Merah. Bulu di sepanjang leher dan dadanya berwarna putih, beransur-ansur kehijauan hingga ke
perutnya. Sayap dan ekornya berwarna kehitam-hitaman.

PEMARKAHAN
BURUNG ini dipertandingkan berdasarkan kepada seni suara dan kepintarannya. Aspek- aspek yang diperhatikan ialah:
• Keaslian suara dan bentuk badannya - panjang, membujur seperti jantung pisang.
• Jambul - terhulur ke hadapan.
• Bulu - dadanya hitam, penuh dan tebal.
• Bahu dan kepala - tegap dan tidak ke bawah. • Sayap - panjang hingga menutupi ke pangkal ekornya.
• Ekor - pendek, tidak mengembang.
• Pergerakan - aktif, berdiri tegak ketika melompat dan berhenti. • Bunyi - berterusan sambil membuka sayapnya berulang-ulang kali dan Chene (alunan
suara) beralun setiap kali bergerak.
Pemarkahan dilakukan sebanyak empat pusingan. Markah penuhnya 100% akan tetapi
lumrahnya markah tertinggi diperolehi cuma sehingga 85%.




Merbah luris leher

The Stripe-throated Bulbul (Pycnonotus finlaysoni) is a species of songbird in the Pycnonotidae family. It is found in Cambodia, China, Laos, Malaysia, Burma, Thailand, and Vietnam. Its natural habitats are subtropical or tropical moist lowland forests and subtropical or tropical moist montane forests.


SEDIKIT INFO TENTANG MERBAH LEKIR



Merbah lekir atau kuning atau luris leher semestinya burung dari jenis merbah iaitu burung jenis pengicau..Di gelar PYCNONOTUS FINLAYSONI dalam ilmiahnya atau di sebut STRIPE-THROATED BULBUL dalam bahasa inggeris..Seringkali terdapat di asia tenggara,tp ada sesetengah tempat tidak dijumpai penyebaran burung ini..
     Negara yang didapati tersebarnya burung jenis ini adalah KEMBOJA,CHINA,LAOS,VIETNAM, THAILAND,MYANMAR,dan MALAYSIA sendiri...Tapi difahamkan,jumlah spesis burung ini makin berkurangan pada sesebuah tempat..Dan yang di persalahkan semestinya peminat-peminat burung ini sendiri,kerana memikat burung hutan untuk di pelihara,dengan menolak kemungkinan lain iaitu habitat asal yang kian dimusnahkan oleh tangan-tangan yang fikir mereka benar.
     Seperti lain nya burung dalam keluarga PYCNONOTIDAE ini adalah burung jenis pemakanannya buah dan juga serangga..Suka hidup di hutan yang terbuka dan pinggir-pinggir kampung serta kebun-kebun buah...Jika di habitat asalnya,burung ini sering terlihat hidup berpasangan,dan burung jantan akan menguasai kawasannya sendiri.Kerana itu sering kali terlihat perkelahian akan berlaku saat burung jantan lain memasuki kawasannya..Dan burung Merbah Lekir juga sering di lihat berkelahi dengan burung jenis merbah lainnya seperti Merbah Kapur atau Merbah Rimba..
         

denak cak lilin @ cipoh ____Kunyit Pacat adalah satu spesies burung passerine kecil yang ditemui di seluruh benua benua kecil India dengan populasinya mepunyai pelbagai warna bulu; ada antaranya yng ditandakan sebagai sub-spesies. Spesies ini mudah ditemui di semak samun dan hutan. WikipediaNama saintifik: Aegithina tiphiaStatus pemuliharaan: Kurang Penting Encyclopedia of LifeKlasifikasi lebih tinggi: AegithinaKedudukan: Spesies

denak caklilin @ denak cipoh

murai batu___Burung Murai Batu bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama merupakan burung passerine dalam keluarga Muscicapidae. Ia dahulunya dikelaskan sebagai keluarga Thrush, Turdidae. Burung Murai ini merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus. WikipediaNama saintifik: Copsychus malabaricusAlam: HaiwanJisim: 29 g (Dewasa) Encyclopedia of LifeStatus pemuliharaan: Kurang Penting (Populasi menurun) Encyclopedia of LifeSpesies: C. malabaricusTertib: Passerine

https://youtu.be/qYtAO2yt6BU

Rabu, 5 Disember 2018

merbuk kampung @ zebra dove




Merbok atau Geopelia adalah satu genus kecil burung merbok yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan rumput. Bulunya kebanyakan berwarna kelabu-perang dengan satu corak titik atau garis. Merbok Balam dan merbok Berlian merupakan dua spesies yang biasa dibela dalam kurungan.
Geopelia
Geopelia striata NBII.jpg
Merbok Balam (Geopelia striata)
Pengelasan saintifiks
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Burung
Order:Columbiformes
Keluarga:Columbidae
Subkeluarga:Columbinae
Genus:Geopelia
Swainson, 1837
Spesiihat teks.
Merbok adalah sejenis burung yang jinak dan boleh dipelihara di dalam sangkar terbuka. Suara burung merbok amat merdu. Di dalam semak atau belukar, kita boleh lihat burung merbok terbang berdua-duaan. Burung ini sentiasa sahaja berpasangan. Jika seekor burung kita pelihara dan seekor lagi mati, tidak lama kemudian burung kedua akan mati juga. [1][2]

SpesiesSunting





merbuk kong

Cang Jambul ____ Burung Merbah Kunyit adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus (melanicterus) dispar. Ia merupakan ahli bulbul keluarga burung passerine. Ia terdapat di Subbenua India termasuk India, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka, dan ketimur di Thailand, Malaysia dan Indonesia.Burung Merbah KunyitframesPengelasan saintifikGenus sebagaiman kini kemungkinannya polyphyletic; analisa mendalam mengenai morfologi, suara, tingkah-laku dan genetik diperlukan bagi menentukan sempadannya. Spesies masa kini sebelumnya diletakan, bersama P. flaviventris, P. gularis, P. melanicterus dan P. montis, dalam genus berasingan Rubigula, yang kesemua lima belum dikembalikan. Mereka membentuk superspesies, dan sering kali dilayan sebagai conspesifik di bawah nama "P. melanicterus". Monotypic.Ciri-ciri SuntingBurung Merbah Kunyit ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Merbah Kunyit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Kunyit tidak bergigi.Makanan SuntingBurung Merbah Kunyit memakan buah dan serangga.Pembiakan SuntingBurung Merbah Kunyit membiak dengan bertelur. Telur Burung Merbah Kunyit bercangkerang keras.Habitat SuntingBurung Merbah Kunyit merupakan burung hutan tebal dan semak samun. Ia membina sarangnya dalam semak; dua sehingga empat biji telur setiap serangkap.Burung Merbah Kunyit sekitar sepanjang 19 cm (7 in), termasuk ekornya yang agak panjang. Ia memiliki bahagian atas zaitun dan kuning atau kuning zaitun pada bahagian bawah. Kepalanya hitam. Kedua jantina memiliki bulu yang sama, tetapi burung muda lebih kelabu berbanding burung dewasa. Pola penerbangannya melantun-lantun dan menyerupai burung belatuk.Burung Merbah Kunyit tengkuk merahTerdapat beberapa taxa berbeza yang umumnya dianggap spesies kecil kepada burung Merbah Kunyit, tetapi semakin dianggap spesies berbeza (dan sebenarnya dianggap spesies berbeza pada asalnya): Ruby-throated Bulbul (P. dispar) dari Sumartra dan Jawa hampir tanpa jambul, memiliki tengkuk merah darah dan mata kemerah-merahan, Merbah Kunyit tengkuk merah (P. gularis) dari Ghat Barat di India hampir tanpa jambul, memiliki tengkuk merah-kuning-bata dan mata keputih-putihan, Black-capped Bulbul (P. melanicterus) dari Sri Lanka hampir tanpa jambul, memiliki tengkuk kuning dan mata perang, dan Bornean Bulbul (P. montis) dari Borneo memiliki jambul hitam, tengkuk kuning dan mata perang. Mengelirukan lagi, P. gularis juga dirujuk sebagai Merbah Kunyit tengkuk Delima. Apabila kesemua di atas dianggap spesies berlainan, burung Merbah Kunyit terdapat dari timur India timur ke Vietnam dan selatan ke Semenanjung Malaysia, dan memiliki jambul hitam, tengkuk hitam atau merah dan mata keputih-putihan.


Pemarkahan pertandingan gaya merbah jambul

BURUNG MERBAH JAMBUL dikenali juga dengan nama Burung Pipi Merah. Burung ini biasanya tingal di dalam hutan, di kawasan belukar dan di lada...